RESEPI BISKUT MUDAH UNTUK HARI RAYA (Cheesy Oreo Choco Balls)


RESEPI CHEESY OREO CHOCO BALLS

Credited to Google


BAHAN-BAHANNYA :-

- Oreo. Boleh jugak digantikan dengan biskut Cream-O. Bolehlah tu untuk bagi banyak biskutnya tu kan, lagipun biskut Cream-O lebih murah dan banyak berbanding oreo.

Credited to Google

- Cream Cheese. Any brand could do.

Credited to Google

- Coklat masakan. Boleh juga pakai chocolate chips untuk biskut tu. Coklat putih pun okay juga.

Credited to Google


Okay, dah ada cukup bahan-bahannya. K sila baca langkah seterusnya.

LANGKAH-LANGKAH :-

1- Hancurkan biskut...

2 - Campurkan biskut yang sudah dihancurkan tadi kedalam mangkuk yang sudah berisi cream cheese. Boleh guna teknik gaul sahaja ataupun guna mixer. Manamana pun boleh. Ingat, jangan banyak sangat cream cheese tu, agak-agaklah keseimbangannya dengan tu biskut. Senang sikit nak kasi bentuk. 

3 - Dah siap adunan, bentukkan tu oreo balls tu dalam apa sahaja bentuk yang korang suka.

4 - Cairkan coklat masakan atau chocolate chips tersebut. Double boiling atau microwave.

5 - Lepas dah siap semua, korang celupkan oreo balls tu kedalam coklat yang dah cair tadi. Kuantitinya tanggung sendiri ya. Hehe. Terpulang koranglah k? :D

6 - Simpanlah dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sampai ianya dah cukup keras dan bila dah sampai masanya bolehlah dijamah.

Baiklah, itu sahaja perkongsian. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.




No comments: